Wednesday 19 April 2017

Kenali Penyakit Darah Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar harini? Sihat semua ye.

Ok lah harini kak ja nak share sikitlah tentang penyakit darah tinggi. Ini antara salah satu penyakit yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia selain penyakit kencing manis dan penyakit jantung.


Apa Itu Penyakit Darah Tinggi?




Darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit berkaitan kardiovaskular yang paling biasa berlaku. Tekanan darah merujuk kepada tekanan darah ke atas dinding arteri . Ia berdasarkan jumlah darah yang dipam oleh jantung dan jumlah darah ini ada had tertentu. Darah tinggi juga adalah tanda jantung dan saluran darah bekerja lebih.

Semakin tinggi tekanan darah makin banyak darah di pam dan makin sempit arteri. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh membawa kepada masalah jantung dan stroke.

·                     Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
·                     Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
·                     Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

Jenis-jenis Darah Tinggi

Hipertensi Primer
Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:

·                     Sejarah hipertensi dalam keluarga
·                     Kegemukan
·                     Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
·                     Merokok
·                     Tekanan yang melampau.


Hipertensi Sekunder
Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:

·                     Penyakit-penyakit ginjal
·                     Penyakit-penyakit endokrin
·                     Disebabkan ubat
·                     Kecacatan kelahiran
·                     Punca-punca lain.

Ada yang beranggapan penyakit darah tinggi ni biasa-biasa je. Tapi, ia sebenarnya boleh akibatkan komplikasi lain jika tak dikawal atau dirawat segera.




            Kegagalan fungsi jantung, serangan jantung & boleh bawa kematian
·                     Pembuluh darah menjadi keras
·                     Kegagalan fungsi buah pinggang
·                     Stroke, angin ahmar
·                     Mata – pendarahan dan kerosakan kawasan yang sensitif dengan cahaya 

Penjagaan makanan sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Antara tips-tips yang korang boleh amalkan:

·                     Banyakkan makan buahan, sayuran, makanan tenusu rendah lemak
·                     Banyakkan makan dari sumber ikan, kekacang, gandum,
·                     Kurangan pengambilan lemak tepu, lemak trans, kolesterol
·                     Kurangkan pengambilan garam, gula, natrium, daging merah, minuman bergula 
·                     Amalkan pengambilan suplemen/makanan tambahan.

Ha…cerita bab suplemen ni, insyaAllah. Kak ja akan kongsikan dengan korang semua pada next entri ye. Terus setia dengan kak ja.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh terus whatsapp kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

No comments:

Post a Comment